Tuesday, June 15, 2010

Demam Bolasepak Piala Dunia


Sekarang demam bolasepak piala dunia sedang melanda seluruh manusia di serata dunia. Tak kira tua muda, kecil besar semua minat bolasepak. Ini kerana permainan ini boleh di kategorikan sebagai pemainan rakyat. Sesiapa saja dan di mana saja permainan ini boleh dimainkan. Dengan ada sebiji bola, depan atau belakang rumah pun kita boleh main bolasepak. Kalau tak mampu beli bola kita boleh gunakan getah skrap untuk dijadikan bola.

Maka dalam kemeriahan bolasepak piala dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan sekarang ini terus melanda peminat di seluruh dunia. Meminati bolasepak tidak semestinya pandai bermain. Tapi biasanya mereka lebih pandai bercakap. Ini terjadi apabila pemain gagal menjaringkan gol, maka cemuhan demi cemuhan dilemparkan terhadap pemain itu. Bahkan pengadil dan penjaga garisan juga turut menjadi mangsa cemuhan. Seolah-olah mereka itu lebih pandai daripada pemain.

Okay, berbalik kita kepada kemeriahan acara ini. Sebenarnya secara tidak langsung ia akan turut menjejaskan kos sara hidup kita. Betapa tidaknya, kita berjaga hingga ke pagi menonton pemainan dengan peti televisyen terpasang tentu saja melibatkan kos letrik. Sambil itu pula kena ada minuman dan makanan ringan. Semua inikan masuk dalam kos sara hidup!

Bagi mereka yang menonton di warung, restoran mahupun kelab eklusif tentu saja lebih banyak melibatkan kos. Paling tidak kopi 'O' secawan tetap kena order. Takkan nak duduk melanguk depan TV tanpa order apa-apa minuman atau makanan. Kena pulak ada kawan tumpang sekaki, silap-silap kita pula kena bayar minuman dia. Kalau dia order makanan lagi haru dibuatnya. Mamak kedai juga yang untung.

Akibat demam bolasepak juga ada orang tukar peti TV baru. Kalau boleh mesti yang besar seperti TV Plasma. Tak cukup duit pun tak apa. Sekarang banyak kedai bagi kemudahan kredit. Kadang-kadang tu tak payah bayar deposit pun.

Selang beberapa bulan peti TV tak berbayar, taukeh kedai hantar orang datang rampas peti TV. Tak nak malu mula pinjam sana pinjam sini duit untuk jelas baki tertunggak. Maka jelaslah ia akan menjejaskan sara hidup kita.

Nak sedap lagi kena tengok siaran langsung. Nak harapkan RTM buat siaran langsung mati beragamlah peminat bolasepak. Nak tak nak kena sambungkan Astro ke rumah. Maka sekali lagi melibatkan kos sara hidup kita.

Bagi pemain-pemain yang beraksi di piala dunia itu mereka semua dibayar lumayan. Bahkan ada antara mereka bertaraf jutawan. Itu tidak termasuk lagi bayaran daripada penaja yang melibatkan jutaan US dollar atau jutaan pound sterling.

Tamat pesta bola piala dunia kita gigit jari. Kos sara hidup dah terjejas. Belanja rumah mula kena catu. Yuran sekolah anak tertunggak. Nak pergi kerja pun terpaksa naik bas kerana budget isi minyak kereta dah lari.

Apapun Sara tidaklah bertujuan menghalang apa yang kita minat. Lagipun pesta ini hanya 4 tahun sekali. Sara pun nonton juga bolasepak piala dunia ini. Tapi sebagai ala-kadar dan ianya mestilah percuma tanpa menjejaskan kos sara hidup Sara sendiri.

Last but not least selamat menonton bolasepak piala dunia. Siapa memang, ya! Brazil ke...? Atau Argentina...Italy, Germany ataupun mungkin pasukan yang langsung bukan favorite.

2 comments:

Ambae.exe said...

mampir d'tempat sahabat...skalian pasang link...linknya check in "Best Frenz"

Unknown said...

hadir menyapa bersama senyum manis tuk kawanQ...
link uda dipasang...mampir yach...follow me