Monday, November 21, 2011

Aku Pun Pernah Hidup Susah..

Dulu Sara pun pernah belajar hidup susah... Dari kecil lagi Sara dah pandai berniaga kecil-kecilan. Ingat lagi masa tu Sara baru darjah 2, arwah nenek Sara selalu buatkan kerepek ubi pedas untuk Sara. Arwah nenek akan  bungkuskan dalam plastik kecil, lepas tu Sara akan bawak ke sekolah dan jual kat kawan-kawan 20sen sebungkus. Kadang-kadang mak akan buatkan Sara jeruk mangga, tu pun Sara jual kat kawan-kawan jugak.. Kira lepas la duit belanja sekolah Sara.

Agaknya Sara suka sangat cari duit sendiri. Jiran Sara waktu tinggal di Kajang dulu berniaga satay kat pasar malam. Kalau hari Sabtu dan Ahad mesti Sara ambil upah cucuk satay, sebatang satay 1sen.. Satu besen mesti ada kat lebih kurang 500cucuk. Penat jugak la tapi Sara tak pernah merungut sebab Sara suka bila dapat upah.

Bukan setakat tu je, mak Sara sendiri buat kuih-muih tradisional dan menjual di depan rumah lama kami di Sungai Kantan, Kajang. Dari umur 7 tahun sampai la 12 tahun Sara tolong mak. Kalau petang-petang tu, Sara dan kakak akan tolong mak menjual kat depan rumah. Sara tak pernah malu walaupun kawan-kawan dan cikgu yang datang membeli. Seronok dapat tolong mak, kadang-kadang Sara yang pergi pasar belikan barang-barang untuk mak berjualan. Waktu tu Sara dah besar sikit, umur 12 tahun rasanya. Sara akan ke pasar Kajang dengan berjalan kaki dari Sungai Kantan, balik dari pasar pulak Sara kena la ambil bas sebab bawak barang berat. Kalau nasib baik dapat naik bas dengan konduktor yang dah kenal Sara, memang Sara jimat la duit tambang sebab pakcik konduktor tu tak akan ambil tambang dari Sara.

Bila diingat-ingatkan, betapa susahnya hidup keluarga Sara dulu. Mak berniaga kuih untuk besarkan kami adik-beradik Tapi alhamdulillah rezeki kami tak pernah putus. Sara bersyukur dibesarkan dalam keluarga yang sederhana.

Cuma yang Sara sesalkan bila tengok anak-anak muda sekarang yang nak hidup senang tanpa berusaha sendiri. Kalau ada yang sudah bekerja pun pun masih mengharapkan duit dari orang tua, bila kita yang sepatutnya menghulur duit pada orang tua. Renung-renungkanlah...