Tuesday, November 23, 2010

RTM Mula Pitching

Sejak pitching pada bulan Ramadan tahun 2009 lalu, baru sekarang dengar khabarnya RTM panggil semula untuk pitching skrip-skrip drama TV. Dari sumber yang Sara dapat tahu petang tadi, katanya 4hb Disember ini tarikh tutupnya.

Ini mungkin diperlukan untuk tahun 2011 ini agaknya. Ini juga bermakna pada bulan Disember ini semua produser drama dan para penulis skrip termasuk Sara akan berkampung lagi di Dewan IPTAR, Angkasapuri.

Cuma harapan Sara dan kawan-kawan penulis skrip semua agar kali kami tidak lagi dipermainkan oleh pihak RTM.

Kesiankanlah kami yang terpaksa bersengkang mata memerah otak bagi mendapatkan ilham untuk melahirkan sebuah cerita, tetapi kesudahannya dipendam oleh RTM.

Bagi staf RTM yang menjadi panel tak apalah kerana mereka tetap ada gaji bulan. Sedangkan kami itulah rezeki untuk sarahidup.

Kami tak mahu lagi seperti apa yang berlaku pada tahun 2009 lalu. Dahlah pagi petang terpaksa panjat bukit Angkasapuri dan panjat tangga IPTAR dalam membuat presentation sinopsis yang telah kami hasilkan, kesudahannya hingga sekarang tak tahu apa keputusan.

Kami benar-benar memohon agar RTM yang bernaung di bawan Kementerian Penerangan dan diterajui Oleh Datuk Seri Dr. Rais Yatim selaku Menteri lebih perihatin pada periuk nasi kami.

Satu lagi Sara suka pesankan pada panel-panel RTM, janganlah bermasam muka semasa kami buat presentation. Ubahlah sikit perangai dan sikap agar lebih mesra. Kami juga manusia...sama seperti Tuan-Tuan dan Puan-Puan panel skrip.

Kalau kami mati dikapan dengan kain putih dan dimasukkan ke liang lahat sedalam 6 kaki, Tuan-Tuan dan Puan-Puan panel skrip sama juga!!! Janganlah berlagak riak dan sombongkan diri!!!!

Monday, November 1, 2010

Galas Batu Sapi

Nak galas batu bukannya larat. Batu tu dahlah berat...ngapa pulak nak digalas. Kalau orang dah sewel mungkin sanggup lakukan semua. Tapi cerita sebenarnya dah pernah berlaku seorang kartunis yang Sara kenali dah pernah galas batu nisan dari Chow Kit hingga ke Puduraya.

Agak-agaknya sape kartunis tu...? Cuba-cubalah risik dari kawan-kawan kartunis tanah air. Tapi bila kepala hotak dah kembali pulih, beri peluang sikit untuk naikkan imejnya kembali, dia dah mula 'naik toncang'.

Lupakan itu dulu! Kita renung-renung sape yang akan kalah kat Galas dan Batu Sapi besok. Yang menang dah pasti 'naik toncang'...yang kalah akan bergoncang-goncang agaknya....!

Sara tak peduli sapa menang sapa kalah. Apa yang penting Sara dapat cari makan untuk sarahidup. Kata orang jangan soru pun tergelincir...!


Tapi yang risaukan Sara tiba-tiba minyak naik harga 2 hari lepas. Walaupun naiknya hanya 5 sen saja satu liter, harga barang tentu akan naik. Ini dah kebiasaan alasan peniaga. Minyak naik harga barang naik!!!

Dua minggu lagi kita akan sambut Hari Raya Aidil-Adha. Nampaknya harga daging pun akan melonjak. Peniaga ada seribu macam alasan. Orang kampung juga yang akan merana.


Terlanjur cerita orang kampung, sayur kampung juga akan naik harga. Orang kampung juga ada alasan tersendiri kenapa harganya naik.

Nak cari sayur kampung sekarang kena masuk jauh ke pendalaman. Dahlah pacat dan lintah banyak...tak berbaloi kalau harga dijual rendah...darah dah banyak hilang.

Tapi sebenarnya sekarang ni pacat pun dah banyak mati. Maklumlah kawasan hutan dah banyak kena teroka dan diperun api....! Orang Asli pun dah susah nak cari makan.

Nak berburu binatang dah lenyap. Nak mancing sungai dah keruh. Jalan paling senang keluar ke pekan....beli ikan sardin!!