Sunday, June 27, 2010

Sara Hidup Penulis Skrip


Sara sengaja gunakan tajuk 'Sara Hidup Penulis Skrip' dalam menekankan kehidupan penulis skrip di tanah air kita. Rata-rata penulis skrip yang Sara jumpa mengeluh perit untuk sara hidup mereka dalam kerjaya itu. Kalau adapun hanya segelintir sahaja penulis skrip yang dapat sara hidup secara mewah. Tapi yang lain ibarat hidup segan mati tak mahu.

Kenapa boleh terjadi begitu? Apakah skrip mereka di bawah tahap mutu yang rendah? Karya mereka tidak menepati citarasa pihak produser atau stesyen TV? Mungkin ya, mungkin tidak!!

Kenapa Sara berkata begitu? Ini kerana pernah Sara temui karya asal yang dikatakan disediakan oleh penulis yang di bawah tahap rendah tapi diambil oleh produser dan diberi kepada penulis lain untuk buat skrip, tanpa pengetahuan penulis asal. Alih-alih karya beliau keluar kat TV.

Sebenarnya agak sedih juga bila berlaku hal sebegini. Itu tidak termasuk lagi ciplak menciplak dan macam-macam lagi. Dan sebenarnya di negara kita tidak ada suatu badan atau persatuan yang betul-betul boleh mempertahankan atau mendaftar karya asal seseorang sebagai satu hakcipta atau copyright.

Sara pernah kemukakan soalan ini kepada seorang Ketua Pengarah di sebuah kementerian. Jawapan beliau senang aje. Untuk mendaftar hakcipta sebuah skrip, penulis kena sediakan footage pengambaran karya tersebut sekurang-kurang sepanjang 5 minit.

Sara terdiam dengan jawapan beliau itu. Ini kerana Sara tahu mana penulis skrip nak cekau duit untuk adakan pengambaran selama 5 minit dalam mendaftarkan sebagai copyright. Dahlah harga skrip bukannya tinggi sangat.

Bayaran untuk sebuah skrip tele-movie hanya di antara RM3,000 hingga RM5,000 sahaja. Katakan penulis itu dibayar RM3,000 sahaja. Kalau setahun dia dapat tulis 10 skrip, dia baru perolehi pendapatan sebanyak RM30,000 setahun. Kita bahagi dengan 12 bulan, bermakna pendapatannya hanya RM2,500.00 sebulan.

Kalau tinggal di Kuala Lumpur dan sudah berkeluarga dengan pendapatan sebanyak itu, Sara rasa memang perit hidupnya. Mana nak bayar sewa rumah, nak bayar ansuran kereta dan sebagainya.

Tapi kebiasaannya bukan senang untuk seorang penulis boleh dapat sehingga 10 skrip tele-movie dalam masa satu tahun. Kalau paling lebih pun dia akan hanya berpeluang dapat dalam 4 atau 5 tele-movie.

Itupun kalau dia dibayar dengan harga terendah sebanyak RM3,000 seperti yang Sara nyatakan di atas. Sara dapat tahu ada produser yang hanya RM2,000 hingga 2,500 sahaja untuk sebuah skrip tele-movie. Seorang kawan Sara hanya dibayar RM1,800 sahaja untuk skrip tele-movie yang dia buat.

Seandainya penulis itu bernasib baik, bolehlah dia dapat satu atau dua siri berepisod setahun. Kalau siri episod untuk 30 minit biasanya penulis dibayar di antara RM800 hingga RM1,200 satu episod dan siri episod satu jam pula dibayar antara RM1,500 hingga RM2,000 sahaja. Tetapi biasanya hanya segelintir penulis skrip sahaja yang berjaya dapat peluang buat skrip berepisod.

Ada seorang kawan Sara proposal dia untuk siri 26 episod diluluskan. Dia congak RM800 x 26 episod dia akan dapat sebanyak RM20,800 dan bukan main seronok lagi dia. Tapi bila skrip dah siap, dia hanya dibayar RM350 x 26 jumlah RM9,100 sahaja.

Siri itu pula adalah adaptasi dari novel. Dia kena bayar pula RM100 satu episod kepada penulis novel. Akhirnya gigit jari dia.

Kesimpulannya kerjaya sebagai penulis skrip sepenuh masa memang perit juga untuk sara hidup. Lainlah kalau penulis itu ada kerja atau bisnes lain dan menulis skrip ini hanya sebagai sampingan sahaja.

Maka kerana itulah kita sukar mendapat skrip yang baik untuk siri-siri drama TV tempatan.

Entri seterusnya nanti kita bincang pula tentang penulis skrip yang jadi favorite stesyen TV dan produser.

Tuesday, June 22, 2010

Demi Sesuap Nasi


Dengan meningkatnya kos sara hidup kebelakangan ini, demi sesuap nasi manusia akan melakukan apa saja kerja. Namun hal sebegini tidak dirasai oleh golongan berada termasuklah golongan korporat dan ahli-ahli politik. Tetapi bagi masyarakat seperti kami, keperitan hidup semakin dirasai.

Ditambah pula kebelakangan ini harga barang-barang runcit naik mendadak. Barang-barang asas seperti beras, minyak masak dan lain-lain barang dapur naik tanpa dibendung oleh pihak kerajaan. Di setengah tempat pula gula sukar diperolehi. Golongan bawahan makin terasa desakan hidup. Orang-orang kementerian hanya tahu bercakap. Mereka tidak merasainya kerana setiap bulan dapat gaji.

Apabila Sara berbual dengan golongan bawahan, rata-rata bersungut kos sara hidup semakin meningkat. Pegawai rendah bersungut elaun sara hidup tidak mencukupi. Pihak persatuan nelayan pula bersungut tentang bantuan sara hidup kepada ahli-ahli mereka yang terhimpit akibat meningkatnya kos turun ke laut, sedangkan hasil tangkapan dimonopoli oleh peraih.

Dalam pada itu, Sara berpeluang berjumpa dengan beberapa orang warga mas yang menghidapi penyakit kronik di hospital kerajaan. Sara terasa sayu mendengar rintihan mereka dalam mendapat bantuan sara hidup selama menjalani rawatan. Rata-rata tidak mampu menanggungnya. Sehinggakan seorang pak cik meluahkan dia rela mati daripada menanggung sakit.

Suatu malam ketika Sara lepak di sebuah restoran berdekatan Ampang Point, Sara berpeluang berjumpa dengan beberapa orang artis-artis kita. Mereka ini terdiri daripada pelakon dan pengarah drama yang kurang ternama. Namun Sara rasa bangga dapat berkenalan dengan mereka. Tetapi di sebalik itu mereka bersungut sebenarnya kehidupan mereka sekarang ini hanyalah demi sesuap nasi saja.

Sara akan bercerita lebih lanjut tentang pergolakkan yang mereka hadapi dalam entri Sara seterusnya nanti. Salam dari Sara.

Tuesday, June 15, 2010

Demam Bolasepak Piala Dunia


Sekarang demam bolasepak piala dunia sedang melanda seluruh manusia di serata dunia. Tak kira tua muda, kecil besar semua minat bolasepak. Ini kerana permainan ini boleh di kategorikan sebagai pemainan rakyat. Sesiapa saja dan di mana saja permainan ini boleh dimainkan. Dengan ada sebiji bola, depan atau belakang rumah pun kita boleh main bolasepak. Kalau tak mampu beli bola kita boleh gunakan getah skrap untuk dijadikan bola.

Maka dalam kemeriahan bolasepak piala dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan sekarang ini terus melanda peminat di seluruh dunia. Meminati bolasepak tidak semestinya pandai bermain. Tapi biasanya mereka lebih pandai bercakap. Ini terjadi apabila pemain gagal menjaringkan gol, maka cemuhan demi cemuhan dilemparkan terhadap pemain itu. Bahkan pengadil dan penjaga garisan juga turut menjadi mangsa cemuhan. Seolah-olah mereka itu lebih pandai daripada pemain.

Okay, berbalik kita kepada kemeriahan acara ini. Sebenarnya secara tidak langsung ia akan turut menjejaskan kos sara hidup kita. Betapa tidaknya, kita berjaga hingga ke pagi menonton pemainan dengan peti televisyen terpasang tentu saja melibatkan kos letrik. Sambil itu pula kena ada minuman dan makanan ringan. Semua inikan masuk dalam kos sara hidup!

Bagi mereka yang menonton di warung, restoran mahupun kelab eklusif tentu saja lebih banyak melibatkan kos. Paling tidak kopi 'O' secawan tetap kena order. Takkan nak duduk melanguk depan TV tanpa order apa-apa minuman atau makanan. Kena pulak ada kawan tumpang sekaki, silap-silap kita pula kena bayar minuman dia. Kalau dia order makanan lagi haru dibuatnya. Mamak kedai juga yang untung.

Akibat demam bolasepak juga ada orang tukar peti TV baru. Kalau boleh mesti yang besar seperti TV Plasma. Tak cukup duit pun tak apa. Sekarang banyak kedai bagi kemudahan kredit. Kadang-kadang tu tak payah bayar deposit pun.

Selang beberapa bulan peti TV tak berbayar, taukeh kedai hantar orang datang rampas peti TV. Tak nak malu mula pinjam sana pinjam sini duit untuk jelas baki tertunggak. Maka jelaslah ia akan menjejaskan sara hidup kita.

Nak sedap lagi kena tengok siaran langsung. Nak harapkan RTM buat siaran langsung mati beragamlah peminat bolasepak. Nak tak nak kena sambungkan Astro ke rumah. Maka sekali lagi melibatkan kos sara hidup kita.

Bagi pemain-pemain yang beraksi di piala dunia itu mereka semua dibayar lumayan. Bahkan ada antara mereka bertaraf jutawan. Itu tidak termasuk lagi bayaran daripada penaja yang melibatkan jutaan US dollar atau jutaan pound sterling.

Tamat pesta bola piala dunia kita gigit jari. Kos sara hidup dah terjejas. Belanja rumah mula kena catu. Yuran sekolah anak tertunggak. Nak pergi kerja pun terpaksa naik bas kerana budget isi minyak kereta dah lari.

Apapun Sara tidaklah bertujuan menghalang apa yang kita minat. Lagipun pesta ini hanya 4 tahun sekali. Sara pun nonton juga bolasepak piala dunia ini. Tapi sebagai ala-kadar dan ianya mestilah percuma tanpa menjejaskan kos sara hidup Sara sendiri.

Last but not least selamat menonton bolasepak piala dunia. Siapa memang, ya! Brazil ke...? Atau Argentina...Italy, Germany ataupun mungkin pasukan yang langsung bukan favorite.

Monday, June 14, 2010

Cari Duit






Istilah cari duit ni memang agak umum sikit. Tapi apapun kita tetap kena cari duit untuk terus hidup.

Segala-galanya perlukan duit. Nak makan perlukan duit. Nak beli pakaian, tak kiralah sama ada baru atau bundle, tetap kena bayar dengan duit juga. Tempat tinggal kita...senang kata rumah untuk kita diami juga perlukan duit.

Jadi siapa kata mereka tidak perlukan duit! Sedangkan Orang Asli yang tinggal jauh di kawasan pendalaman juga perlukan duit. Paling tidak untuk beli beras, minyak masak, minyak pelita dan bagai-bagai barang dapur yang memang tidak dapat dicari dalam hutan.

Maka kerana perlukan duit, kita kena kerja atau terlibat dalam bisnes. Itu sebab ramainya pendatang asing datang ke tanah air kita. Semuanya untuk cari duit. Ada peluang mereka berniaga. Tak kiranya niaga apa. Paling-paling tak ada barang, mereka niaga diri sendiri.

Dalam bekerja pula, mereka akan buat apa saja kerja demi untuk dapatkan duit. Tak ada kelulusan pelajaran, jadi buruh atau pekerja am. Ada kelulusan jadi kerani atau pegawai. Kelulusan pelajaran yang tinggi pula akan menjawat jawatan yang lebih tinggi lagi.

Selain dari itu mereka akan menceburi dalam apa saja bidang demi duit. Ada terlibat dalam bidang seni meskipun duitnya tak seberapa. Ada pula yang terlibat dalam bidang politik yang pasti akan cepat kaya. Paling terlibat dalam bidang pelacuran kerana terdesak.

Sara harap para pembaca tunggu posting Sara seterusnya yang akan membongkarkan setiap kerjaya, bisnes mahupun apa saja bidang dalam usaha manusia mendapatkan duit. Baik secara halal mahupun haram.

Wednesday, June 2, 2010

Sara Hidup


Menampung sara hidup perlukan wang. Untuk dapat wang perlukan kerja atau berniaga. Tak kiralah kerja apa atau niaga apa, janji end of the day dapat wang.

Kerja kuli, buruh, kerani, cuci longkang, bancuh teh dan kopi mahupun jadi menejer ataupun pengaruh urusan waima CEO sekalipun semuanya akan didedahkan dalam blog Sara Hidup ini.

Gitu juga niaga. Dari niaga jual goreng pisang, jual burger, jual nasi lemak, niaga kedai runcit, niaga kontrek...tak kiralah apa kontrek, semuanya akan dicanang dalam blog ini.

Last but not least, tukang urat, pelayin GRO dutdang mahupun call girl yang bagi servos kepada mana-mana jantan yang tak cukup makan kat rumah juga akan menjadi bahan blog ini.

Untuk itu....sama-samalah anda tunggu coretan demi coretan yang akan dikeluarkan nanti.