Monday, November 21, 2011

Aku Pun Pernah Hidup Susah..

Dulu Sara pun pernah belajar hidup susah... Dari kecil lagi Sara dah pandai berniaga kecil-kecilan. Ingat lagi masa tu Sara baru darjah 2, arwah nenek Sara selalu buatkan kerepek ubi pedas untuk Sara. Arwah nenek akan  bungkuskan dalam plastik kecil, lepas tu Sara akan bawak ke sekolah dan jual kat kawan-kawan 20sen sebungkus. Kadang-kadang mak akan buatkan Sara jeruk mangga, tu pun Sara jual kat kawan-kawan jugak.. Kira lepas la duit belanja sekolah Sara.

Agaknya Sara suka sangat cari duit sendiri. Jiran Sara waktu tinggal di Kajang dulu berniaga satay kat pasar malam. Kalau hari Sabtu dan Ahad mesti Sara ambil upah cucuk satay, sebatang satay 1sen.. Satu besen mesti ada kat lebih kurang 500cucuk. Penat jugak la tapi Sara tak pernah merungut sebab Sara suka bila dapat upah.

Bukan setakat tu je, mak Sara sendiri buat kuih-muih tradisional dan menjual di depan rumah lama kami di Sungai Kantan, Kajang. Dari umur 7 tahun sampai la 12 tahun Sara tolong mak. Kalau petang-petang tu, Sara dan kakak akan tolong mak menjual kat depan rumah. Sara tak pernah malu walaupun kawan-kawan dan cikgu yang datang membeli. Seronok dapat tolong mak, kadang-kadang Sara yang pergi pasar belikan barang-barang untuk mak berjualan. Waktu tu Sara dah besar sikit, umur 12 tahun rasanya. Sara akan ke pasar Kajang dengan berjalan kaki dari Sungai Kantan, balik dari pasar pulak Sara kena la ambil bas sebab bawak barang berat. Kalau nasib baik dapat naik bas dengan konduktor yang dah kenal Sara, memang Sara jimat la duit tambang sebab pakcik konduktor tu tak akan ambil tambang dari Sara.

Bila diingat-ingatkan, betapa susahnya hidup keluarga Sara dulu. Mak berniaga kuih untuk besarkan kami adik-beradik Tapi alhamdulillah rezeki kami tak pernah putus. Sara bersyukur dibesarkan dalam keluarga yang sederhana.

Cuma yang Sara sesalkan bila tengok anak-anak muda sekarang yang nak hidup senang tanpa berusaha sendiri. Kalau ada yang sudah bekerja pun pun masih mengharapkan duit dari orang tua, bila kita yang sepatutnya menghulur duit pada orang tua. Renung-renungkanlah...

Wednesday, October 19, 2011

Kolej Swasta Jadi Sarang Penjenayah

Ini antara Awang Hitam yang Sara kerap terima emel.  

Betapa mudahnya pelajar warga asing khususnya dari benua Afrika untuk masuk ke negara ini, seterusnya menjalankan kegiatan berunsur jenayah dan seolah-olah dilindungi pula oleh kolej swasta tempat mereka belajar.

Modus operandinya, pelajar itu hanya perlu mendaftarkan diri di kolej terbabit tanpa diwajibkan menghadiri kelas. Mereka hanya perlu menduduki peperiksaan apabila tiba waktunya.

Jika gagal, mereka akan dibantu pihak kolej untuk memperbaharui visa kemasukan dan pas pelajar bagi menyambung pengajian sekali gus tinggal di negara ini.

Malah, terdapat pelajar asing yang cuba memperbaharui dokumen mereka lebih daripada sekali, meskipun tidak pernah hadir kelas dan disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah seperti dadah, pelacuran dan penggubahan wang haram.

Kegiatan lima buah kolej swasta di ibu negara itu yang seolah-olah melindungi pelajar asing tersebut terbongkar apabila ia dikesan Jabatan Imigresen ketika membuat permohonan memperbaharui dokumen pelajar masing-masing.

Pihak Imigresen bagaimanapun menolak permohonan itu selepas mengesyaki pas beberapa pelajar tersebut disalah guna hasil siasatan terperinci ke atas rekod kehadiran ke kelas serta keputusan akhir peperiksaan.

Malah, ketika permohonan, pihak pengurusan kolej bersungguh-sungguh merayu supaya dokumen pelajar mereka diperbaharui, dipercayai kerana pelajar tersebut sudah membayar wang pengajian.

Monday, October 17, 2011

Felda - TV3 Tanggalkan Topeng Isa Samad

 
Petikan - Harakah Daily

Ketakutan dan kerisauan nampak jelas di raut wajah Isa Samad ( dalam rancangan Soal Jawab TV3 pada malam 12 Oktober 2011. Fakta-fakta diberikan sama sekali adalah sekadar alasan dan Warga Felda keseluruhannya berterima kasih kepada TV3 kerana menanggalkan topeng yang dipakai Isa Samad dan menampakkan sisi wajah kerakusan dan kedangkalan pengetahuan Isa Samad.

Gerakan-gerakan yang dimulakan oleh ANAK diketuai oleh saudara Mazlan Aliman dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa Warga Felda tidak lagi meyakini UMNO sebagai pembela Felda yang sebenar, bermula pada hari pertama Isa Samad memulakan tugasnya sebagai Pengerusi Felda.

Meneruskan lagi kesinambungan perjuangan warga Felda dalam menentang kerakusan Isa Samad dan konflik-konflik yang ditimbulkan oleh beliau dengan restu Perdana Menteri, Warga Felda akan memulakan kempen Gelombang Jingga dengan penubuhan Gerakan Mansuhkan ISA 2.0.

Tujuan penubuhan Gerakan Mansuhkan ISA 2.0 ini adalah untuk menyatukan kumpulan-kumpulan peneroka, golongan belia Felda, golongan profesional kelahiran Felda serta NGO-NGO yang bersimpati dengan perjuangan warga Felda bagi menghalau Isa Samad dan konco-konconya dari agenda peribadi masing-masing.

Pelancaran dan penamaan Jawatankuasa Gerakan Mansuhkan ISA 2.0 akan diumumkan kelak melalui sebuah sidang akhbar yang dijangka diadakan dalam masa terdekat. NGO-NGO yang ingin turut bersama dan bersimpati dengan warga Felda diminta berhubung dengan Saudara Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK yang dilantik sebagai Setiausaha Kehormat Gerakan Mansuhkan ISA 2.0.

Sementara itu, Warga Felda diseru memakai warna kebanggan kita iaitu warga jingga sekerap mungkin yang akan dijadikan permulaan sebuah gelombang bagi menumbangkan Isa Samad dan konco-konco korporatnya yang rakus. Menteri Besar - Menteri Besar di mana terletaknya tanah-tanah Felda Plantation yang cuba dicagarkan oleh Isa Samad kepada Felda Global Ventures selama 60 tahun diminta terus mempertahankan tanah masing-masing iaitu hak rakyat negeri dari cuba digadaikan di Bursa Saham.

Wednesday, July 6, 2011

Rakyat Terus Tertekan

Sikap segelintir pemimpin politik yang menerajui tapuk pimpinan negara kita sebenarnya membuat hidup rakyat semakin tertekan.

Sara bersama rakyat golongan bawahan terasa sangat hidup kita semakin mencabar. Kos sara hidup kami benar-benar terasa tenat. Harga barang melambung naik menyebabkan rakyat mula terasa perit dalam menghadapi kehidupan seharian.

Sara tak mahu celoteh panjang. Tontonlah video ini dan fikir-fikirkanlah.

 

Tuesday, June 14, 2011

Karyawan Perlukan Dana Rawatan Jantung

Hidup seorang karyawan bagaikan sebatang lilin! Ia membakar diri sendiri bagi mneyirami limpahan cahaya kepada orang ramai...! Namun perlahan-lahan ia akan padam!

Sedih Sara mendengar seorang karyawan terpaksa kumpul duit secara menjual e-novel bagi menampung kos rawatan jantungnya.

Lebih sedih lagi beliau sudah menjaja manuskrip itu kepada beberapa penerbit novel sejak 20 tahun lalu, tetapi kerap mendapat halangan sehingga masih belum diterbitkan lagi sebagai bacaan umum.

Itulah nasib karyawan mencari rezeki dalam menampung kos sara hidup! Tak ubah bagaikan peminta sedekah!

Sebenarnya karyawan manusia istimewa! Tak kira di mana hasil karyanya tersiar, tapi dalam menghasilkan sebuah karya...bukan semua orang dapat melakukannya. Maka Sara kira dalam hal ini sepatutnya ada sebuah badan di bawah naungan dana kerajaan bagi menjaga kebajikan mereka.

Kita sibuk mengumpul dana bagi membantu masyarakat luar negara ditimpa bencana, tapi karyawan dalam negara sendiri hidup merana!

Sehinggakan sdra Ruslie, seorang karyawan lama terpaksa membuat jualan e-novel bagi mengumpul dana kos rawatan jantungnya!

Kepada kawan2 di luar sana, marilah kita pakat beli e-novel beliau dalam usaha kita membuat amal jariah. Semoga umurnya dipanjangkan dan dapat terus berkarya.

Saturday, March 5, 2011

Nyanyar Penulis Skrin

Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis dengar cerita penulis skrin dipermainkan. Produser kencing...karya diciplak...buat proposal free dahtu lulus orang lain tulis lakonlayar dan macam-macam cernita lagi.

Kita ada SWAM (Scrtiptwriter Asasociatison Malaysia), masuk ni dah 4 orang presiden, tapi semuanya haprak! Maaflah Sara celupar sikit. Tapi memang itu hakikatnya.

Sejak presiden pertama, Wahid Nair...lepas itu Mak Nani dan ganti pula Yusof Haslam dan sekarang ini Ismail Ahmad dengan nama glamournya Pak Mail, semuanya tunggul.

Faham apa itu tunggul? Tunggul itu hanya menanti reput dimakan anai-anai. Tapi kalau tunggul itu digilap...dipolish....tentu cantik dan tinggi pula harganya.

Sape yang duduk sebagai presiden kat SWAM itu hanya pentingkan diri sendiri. Dahlah nak kekal sebagai presiden...semasa AGM bawa kroni-kroni jadi pengundi. Paling best pulak kroni-kroni itu bukan penulis skrip. Even yang duduk sebagai AJK sekarang pun dengarnya ramai bukan penulis skrip!

Maka wujudnya GBPSM (Gabungan Bebas Penulis Skrin Malaysia) yang dipelopori oleh dua orang wanita penulis skrip yang gigih, iaitu sdri Maizura Mohd Ideris dan sdri Faznita Mohd Nor, yang berjuang untuk membela nasib penulis skrin.

Dah setahun dah rasanya gabungan itu ditubuhkan. Dan yang turut terlibat dalam gabungan bukan calang-calang penulis skrip. Semuanya hebat-hebat belaka. Jadi ceritanya semasa AGM SWAM tempuh hari, mereka mencuba nasib dengan hasrat SWAM dapat dibentuk demi penulis skrip.

Tapi Pak Mail yang tidak mahu kedudukannya diganggu gugat terus pasang strategi dengan membawa kroni-kroni untuk support dia. Jadi kekal Pak Mail kat situ presiden yang tak ubah macam tunggul kayu.