Saturday, March 5, 2011

Nyanyar Penulis Skrin

Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis dengar cerita penulis skrin dipermainkan. Produser kencing...karya diciplak...buat proposal free dahtu lulus orang lain tulis lakonlayar dan macam-macam cernita lagi.

Kita ada SWAM (Scrtiptwriter Asasociatison Malaysia), masuk ni dah 4 orang presiden, tapi semuanya haprak! Maaflah Sara celupar sikit. Tapi memang itu hakikatnya.

Sejak presiden pertama, Wahid Nair...lepas itu Mak Nani dan ganti pula Yusof Haslam dan sekarang ini Ismail Ahmad dengan nama glamournya Pak Mail, semuanya tunggul.

Faham apa itu tunggul? Tunggul itu hanya menanti reput dimakan anai-anai. Tapi kalau tunggul itu digilap...dipolish....tentu cantik dan tinggi pula harganya.

Sape yang duduk sebagai presiden kat SWAM itu hanya pentingkan diri sendiri. Dahlah nak kekal sebagai presiden...semasa AGM bawa kroni-kroni jadi pengundi. Paling best pulak kroni-kroni itu bukan penulis skrip. Even yang duduk sebagai AJK sekarang pun dengarnya ramai bukan penulis skrip!

Maka wujudnya GBPSM (Gabungan Bebas Penulis Skrin Malaysia) yang dipelopori oleh dua orang wanita penulis skrip yang gigih, iaitu sdri Maizura Mohd Ideris dan sdri Faznita Mohd Nor, yang berjuang untuk membela nasib penulis skrin.

Dah setahun dah rasanya gabungan itu ditubuhkan. Dan yang turut terlibat dalam gabungan bukan calang-calang penulis skrip. Semuanya hebat-hebat belaka. Jadi ceritanya semasa AGM SWAM tempuh hari, mereka mencuba nasib dengan hasrat SWAM dapat dibentuk demi penulis skrip.

Tapi Pak Mail yang tidak mahu kedudukannya diganggu gugat terus pasang strategi dengan membawa kroni-kroni untuk support dia. Jadi kekal Pak Mail kat situ presiden yang tak ubah macam tunggul kayu.

2 comments:

Faznita said...

hi Sara,

Wah Kak Faz baca blog sara ni, bersemangat betul tulisan Sara, berapi-api pun banyak gak. Hohoho.

Suka dengan tulisan Sara yang frank dan blunt juga haha.

I think we can get along well.

Tapi Kak Faz dah semakin tua ni tulis dah semakin berlapik. Nanti anak-anak dah besar baca blog Kak Faz segan la pulak kalau mak dia tulis berapi-api. Dulu muda-muda sikit Kak Faz pun pakai bantai je.

Tapi yang penting apa yang Sara tulis tu betul sebenarnya.

Nanti join aktiviti GBPSM ya. Kak Faz akan update kat blog Kak Faz. Blog GBPSM pun akan diupdate.

We should get to know each other.

natural observer said...

org seni msia memang gila tubuh persatuan.yelah sekadar utk jadi batu loncatan