Tuesday, November 23, 2010

RTM Mula Pitching

Sejak pitching pada bulan Ramadan tahun 2009 lalu, baru sekarang dengar khabarnya RTM panggil semula untuk pitching skrip-skrip drama TV. Dari sumber yang Sara dapat tahu petang tadi, katanya 4hb Disember ini tarikh tutupnya.

Ini mungkin diperlukan untuk tahun 2011 ini agaknya. Ini juga bermakna pada bulan Disember ini semua produser drama dan para penulis skrip termasuk Sara akan berkampung lagi di Dewan IPTAR, Angkasapuri.

Cuma harapan Sara dan kawan-kawan penulis skrip semua agar kali kami tidak lagi dipermainkan oleh pihak RTM.

Kesiankanlah kami yang terpaksa bersengkang mata memerah otak bagi mendapatkan ilham untuk melahirkan sebuah cerita, tetapi kesudahannya dipendam oleh RTM.

Bagi staf RTM yang menjadi panel tak apalah kerana mereka tetap ada gaji bulan. Sedangkan kami itulah rezeki untuk sarahidup.

Kami tak mahu lagi seperti apa yang berlaku pada tahun 2009 lalu. Dahlah pagi petang terpaksa panjat bukit Angkasapuri dan panjat tangga IPTAR dalam membuat presentation sinopsis yang telah kami hasilkan, kesudahannya hingga sekarang tak tahu apa keputusan.

Kami benar-benar memohon agar RTM yang bernaung di bawan Kementerian Penerangan dan diterajui Oleh Datuk Seri Dr. Rais Yatim selaku Menteri lebih perihatin pada periuk nasi kami.

Satu lagi Sara suka pesankan pada panel-panel RTM, janganlah bermasam muka semasa kami buat presentation. Ubahlah sikit perangai dan sikap agar lebih mesra. Kami juga manusia...sama seperti Tuan-Tuan dan Puan-Puan panel skrip.

Kalau kami mati dikapan dengan kain putih dan dimasukkan ke liang lahat sedalam 6 kaki, Tuan-Tuan dan Puan-Puan panel skrip sama juga!!! Janganlah berlagak riak dan sombongkan diri!!!!